Lagu Aliff Syukri sedap tapi suara sumbang , tiru konsep Billie Eilish, dikecam seluruh dunia.

Baru baru ini kontroversi melanda dengan teruk terhadap usahawan dan jutawan kosmetik Malaysia iaitu Dato Aliff Syukri yang kerap kali menimbulkan kontrtoversi di dalam media sosial dan di seluruh Malaysia. Beliau sebelum ini viral dengan lagu bobo di mana dan beberapa lagi single yang dikecam oleh orang ramai bersama rakan baiknya Sajat yang turut menjadi usahawan yang penuh kontroversi viral di media sosial.



Beberapa hari yang lepas beliau telah memuatnaik beberapa keping video single terbaru yang bakal dilancarkannya yang agak pelik menyebabkan netizen tertanya tanya apakah yang berlaku kepada beliau. Namun pada hari ini jelas ianya merupakan klip video yang diambil dari dalam single terbarunya yang disiarkan di laman sosial video youtube.

Lagu tersebut menjadi trending di tempat yang pertama di youtube apabila ianya menerima jutaan view daripada orang ramai di seluruh dunia . Walaubagaimanapun video tersebut dikecam teruk kerana ianya menggunakan konsep yang seakan serupa dengan penyanyi barat terkenal Billie Eilish ‘When party’s over’ dan menimbulkan rasa tidak senang oleh peminat penyanyi tersebut yang melemparkan komen kecaman di ruangan komen video tersebut.



Selain dari itu Aliff Syukri dikutuk teruk oleh rakyat Malaysia dan Indonesia kerana lagu yang disiarkan oleh beliau amat tidak sedap dan sumbang . menurut netizen lagi lagu tersebut mungkin lebih baik jika dinyanyikan oleh artis yang suaranya lebih baik dari Aliff Syukri . Apa pendapat anda?



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!