Gempar di media sosial dan Harian Metro apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 5 dikatakan dilarikan oleh seorang 2 orang lelaki pada pukul 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke Gua Musang. Harian metro telah membuat laporan terperinci berkenaan dengan kes tersebut.
Laporan Harian Metro.
REMAJA perempuan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, Gua Musang dipercayai mengikut seorang lelaki.
Pelajar tingkatan lima, Noor Habibah Maisarah Mohd Hafizul, 17, itu disedari hilang oleh keluarganya selepas meninggalkan rumah pada awal pagi, Jumaat.
Ibunya Noorhasliza Hussin, 37, berkata, suaminya Mohd Hafizul Ibrahim, 39, sempat melihat anaknya membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki kira-kira 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Gua Musang,
Katanya, Mohd Hafizul yang cuba mengekori motosikal itu gagal mengesan mereka apabila hilang selepas memasuki simpang di kawasan perkampungan.
“Suami bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terserempak dengan mereka yang menghala ke arah Gua Musang.
“Habibah membonceng motosikal Honda EX5 berwarna merah, gagal dikesan apabila memasuki perkampungan. Suami cari di Kampung Sungai Asap dan Kampung Limau Kasturi tetapi tidak menemui mereka.
“Saya bimbang keselamatannya apatah lagi dia keluar tanpa pengetahuan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noorhasliza berkata, sebelum kehilangannya, Noor Habibah Maisarah juga kerap berhubung menerusi Whatsapp dengan rakan yang disyaki mempunyai hubungan istimewa.
Katanya, dia bimbang pelajaran anaknya terganggu kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baharu tiga hari ke kelas sejak sesi persekolahan dibuka, minggu lalu.
Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jumaat lalu dan orang ramai yang melihat kelibat anaknya diminta menghubungi talian 011-40285379.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan operasi mengesannya sedang dijalankan.
Pelajar tersebut telah hilang 3 hari lalu dan netizen melemparkan pelbagai spekulasi kepada kes tersebut . berikut adalah komen netizen
@Jalal Masud : ni mesti lari ikut balak muka berlubang naik EX5 ni
@Nasri Ibrahim : Dh blik nnti bgi kawin ngn jantan tu..tkut trkawin ngn orng lain nnti kesian bkal suami dpt sampah..pastu guna ayat llaki yg baik x tnya kisah slam…kpala bpak hg.
@ Mohd Haikhal Faiq : Kannn… bahaya.. loni ade bee talk ngn main wechat look around tgk pakwe acah2 hensem add. Pstu kene sweet talker layu hanyutttt.. pringatan spe de ank2 msih skola jgn dok ajar bgi fon..
@Marina Mokhtar : Anak perempuan sy dah 14tahun,tp sy x bagi hpon pun kat dia,x de fb,insta Dan sewaktu dgn nya..biarlah org kata sy kolot,ketinggalan zaman..biar anak sy menangis skrg drpd sy menangis di kemudian hari..
Reply