Lelaki miang dirakam di sekitar pusat membeli belah Midvalley.

Kini semakin banyak kes kes yang melibatkan kaum wanita boleh kita dengar di media mainstream seperti surat khabar , telivisyen dan sebagainya. Kini kes ini menjadi semakin tidak terkawal apabila terlalu banyak kes yang tidak masuk akal seperti kes yang melibatkan hubungan terlarang antara keluarga dan sebagainya kerap kali kita dengar di media cetak dan telivisyen.



Kini juga timbul laman lamam yang tidak bertanggungjawab seperti Tumblr yang menjadi viral di laman sosial mengatakan laman tersebut kini telah menjadi tempat untuk lelaki dan wanita miang untuk mengongsikan klip video mereka ‘mengintai’ kaum hawa didalam kain mereka menggunakan sudut sudut yang tertentu untuk mendapatkan rakaman pakaian dalam kaum hawa yang memakai skirt pendek dan sebagainya.

Viral sebuah video apabila gelagat seorang lelaki berjaya dirakamkan di sebuah pusat membeli belah di MidValley Kuala Lumpur. Lelaki tersebut dilihat hanya berpusing pusing di sekitar eskalator sambil mendongak keatas setiap kali melihat perempuan yang memakai mini skirt menaiki eskalator tersebut. Dari pada video tersebut jelas sekali lelaki itu cuba untuk melihat pakaian dalam wanita tersebut dan ini merupakan sesuatu keadaan yang amat merbahaya.



Video tersebut memesan kepada netizen agar lebih berhati hati dengan lelaki miang atau gatal yang melakukan perkara tersebut agar mereka tidak terlibat dengan lelaki tersebut . Juga dimaklumkan bahawa sekiranya bertemu dengan lelaki yang berperangai sedemikian adalah lebih elok untuk melaporkan kegiatan tersebut terhadap pihak yang bertanggungjawab selain menjaga pakaian agar tidak terlalu menjolok mata.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!