Lesen judi sukan diluluskan untuk Vincent Tan, Mahathir dipersalahkan.

Sebuah lagi video menjadi viral kerana ianya menerima pelbagai reaksi netizen yang mengutuk keras tindakan Tun Mahathir meluluskan lesen judi sukan rakan baiknya, Vincent Tan buat pertama kalinya di Malaysia. Tan Sri Dato ‘Seri Vincent Tan Chee Yioun adalah ahli perniagaan dan pelabur Malaysia. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad, konglomerat pelbagai yang disenaraikan di bursa saham Malaysia. Di samping memegang saham melalui kumpulan syarikat Berjaya Corporation, kepentingan lain Tan termasuk kepentingan dalam perniagaan berkaitan internet, utiliti air, media, runcit dan telekomunikasi.



Menurut video yang disebarkan , Lesen Judi Sukan yang sebelum ini disekat oleh kerajaan lama akhirnya diluluskan oleh Tun Mahathir. Vincent Tan turut dikatakan merupakan seorang rakan baik Mahathir yang telah sekian lama membuat permohonan untuk meluluskan lesen judi sukan dari kerajaan Malaysia , Namun gagal dan disekat oleh kerajaan yang sebelumnya.

Didalam video tersebut juga turut disertakan video lama mengenai permohonan Mahathir kepada bekas perdana menteri Malaysia Dato seri Najib Razak untuk meluluskan lesen judi rakannya namun telah ditolak oleh bekas perdana menteri Malaysia tersebut . Beberapa lagi permohonan Mahathir tidak dapat dipastikan samada diteruskan dalam kerajaan baru atau tidak.



Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyokong bahawa Mahathir tidak patut melakukan hal tersebut dan meskipun Mahathir kini adalah perdana menteri baru Malaysia, Mahathir tetap salah kerana kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama islam kebanyakan tidak bersetuju dengan tindakan Mahathir untuk meluluskan lesen judi tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!