Lim Guan Eng tersalah umum angka “rompakan” BN, nilai rompakan jauh lebih tinggi.

Persidangan parlimen adalah merupakan topik yang amat hangat di Malysia pada waktu kini . Kandungan persidangan dewan rakyat pada tahun ini seringkali viral di laman sosial dengan timbulnya pelbagai kontroversi dan perbalahan antara kerajaan baru Malaysia Pakatan Harapan dengan beberapa party pembangkang yang lain. Ianya menjadi hangat apabila menteri yang bersidang didalam dewan tersebut seringkali melanggar peraturan dewan dan membongkarkan perkara yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.



Sebelum ini viral pertikaman lidah antara menteri menteri yang agak kurang sopan untuk didengar oleh rakyat Malaysia. Setelah itu viral pula tuduhan Lim Guan Eng terhadap kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini dikatakan telah ‘merompak’ dana pulangan semula GST yang bernilai sekitar RM17 billion. Tuduhan tersebut cukup terkesan oleh KJ yang pada waktu itu terkejut dengan tuduhan tersebut dan meminta Lim Guan Eng mengemukakan bukti bagi tuduhannya.

Khairy Jamaludin kemudiannya membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap tuduhan tersebut dan mengenakan hukuman kepada Lim Guan Eng sekiranya tuduhan itu salah. Namun sekiranya tuduhan itu benar pula KJ berharap pihak berkuasa bakal mengenakan hukuman terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap tuduhan tersebut.



Pada 13 Ogos , Lim Guan Eng kembali ke dewan rakyat memohon maaf atas kesilapannya mengemukakan jumlah yang salah berbanding jumlah yang dikemukakan sebelumnya berkenaan dengan jumlah wang rompakan kerajaan sebelumnya, kesalahan tersebut menunjukkan bahawa jumlah rompakan sebenar jauh lebih tinggi dan meningkat sehingga sekitar RM19 billion apabila salah seorang pegawai Lim Guan Eng tersalah titik perpuluhan bagi nilai yang diumumkan sebelumnya.

Video tersebut sekali lagi menjadi viral apabila beberapa penyokong Barisan Nasional mengutuk Lim Guan Eng membuta tuli dan menyangka Lim Guan Eng memohon maaf atas tuduhannya , Akan tetapi situasi sebenar adalah angka rompakan sebenar telah meningkat lebih 1 billion ringgit.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!