Baru baru ini video tersebar lumba haram di Pantai Timur yang cukup luar biasa. Ini adalah kerana nilai taruhan lumba haram tersebut adalah menjangkau rm60000 dan ianya jelas nilai yang cukup besar bagi peminat motosikal kerana nilai tersebut adalah cukup untuk membeli Superbike berjenama Ducati.
Menurut kapsyen video tersebut , game tersebut diadakan di sebuah tempat di pantai timur. Ianya adalah perlumbaan haram antara motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditamatkan pembuatannya pada tahun 2017 dan Yamaha RXZ yang juga telah ditamatkan pembuatannya pada tahun 2009 . Turut diterangkan mengenai video tersebut adalah nilai taruhan RM60000 yang dimenangi oleh motosikal 125z.
Sebenarnya game ini adalah normal di negeri pantai timur dan sering diadakan dan biasanya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa kerana pelumba haram ini agak licik dan sukar untuk mengenalpasti masa dan tempat perlumbaan haram ini dijalankan menurut beberapa orang netizen yang mengaku mereka ada ditempat tersebut.
Sebahagian netizen mengutuk tindakan penonton perlumbaan haram tersebut kerana berada ditengah jalan kerana ianya merupakan sesuatu yang agak merbahaya kepada penonton dan pelumba haram kerana pernah beberapa kali kemalangan ngeri berlaku apabila motosikal yang dilumbakan melanggar longgokan penonton hingga ramai yang tercedera. Lumba haram pertaruh duit 60k ? fuhh banyak betul duit mat moto ni. jangan pandang rendah. – Alert TV
Reply