Sungguh menjijikkan dan tidak bertanggungjawab dan itulah yang berlaku di sebahagian dari rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab. Meskipu kemudahan telahpun disediakan, Namun ianya bukan adalah berpunca dari kemudahan, Akan tetapi ianya berpunca dari sikap sebahagian rakyat Malaysia yang agak malas dan mementingkan diri sendiri .
Berbeza dari negara jepun yang amat bersih sehinggakan longkang mereka pun boleh dijadikan kolam ikan dan amat jernih. Viral sebuah video yang menunjukkan perbuatan sebahagian dari orang ramai dan rakyat Malaysia yang membuang sampah ditepi tong sampah dan bukan didalam tong sampah. Sedangkan tong sampah sudah disediakan mengapa pula dibuangnya diluar tong sampah?
Seorang lelaki yang merakamkan video beliau mengejar seorang makcik yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan memaksa makcik tersebut membuang sampah tersebut kedalam tempat yang sepatutnya menjadi viral di laman sosial . Lelaki tersebut yang juga merupakan penguatkuasa majlis daerah melihat tindakan makcik yang tidak bertanggungjawaba tersebut dan memaksa makcik tersebut membuang ditempat yang sepatutnya iaitu didalam tong sampah yang disediakan.
Makcik tersebut terpaksa akur dan mengikut kata kata penguatkuasa tersebut memandangkan penguatkuasa tersebut mempunyai kuasa untuk menyaman tindakan yang tidak bertanggungjawab makcik tersebut . Namun penguatkuasa tersebut telah menggunakan budi bicara kepada makcik tersebut dengan menyuruh makcik tersebut memperbetulkan tindakannya dipuju oleh netizen dan menjadi teladan kepada orang ramai yang mungkin melakukan kesilapan yang sama.
Reply