Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan.
Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.
Namun salah satu anugerah baru yang diperkenalkan ABPH dikutuk teruk di laman sosial dan dilabel sebagai anugerah paling ‘bangang’ di Malaysia dan tidak patut ada. Anugerah tersebut adalah anugerah kepada sebuah kumpulan boyband korea iaitu BTS yang sepatutnya mendapat anugerah tersebut .
Netizen terkejut dan mengutuk anugerah tersebut kerana BTS langsung tiada kaitan dengan industri hiburan Malaysia. Selain itu dilihat seorang makcik yang dikutuk teruk kerana menjadi menerima anugerah tersebut meskipun tidak dikenali siapakah beliau selain dari gelagat makcik tersebut diatas pentas yang menimbulkan rasa tidak puas hati netizen di media sosial yang mengutuk perkara tersebut.
Netizen berpendapat bahawa anugerah tersebut adalah tidak patut ada dan memalukan apabila wakil yang tidak dikenali melakukan gelagat pelik di pentas tersebut.
First of all, who is this makcik? How can she related to BTS? Dia ketua ARMY Malaysia?
Second, apa kena mengena Kpop dgn industry hiburan Malaysia? ABPH mengarut apa ni 😭 pic.twitter.com/7GCeozCSis
— BangShawl 🧕🏼 (@nabilfikran10) September 22, 2019
Reply