Makcik paksa orang beli tisu RM10 jadi kaya raya di KL Central.

Kini bermacam macam cara yang pelik untuk mendapatkan wang viral di media sosial seperti menggunakan agama dan sebagainya . ianya menyebabkan netizen mula tidak percaya dengan peminta sedekah yang mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia yang agak murah hati untuk bersedakah kepada orang orang yang yang meminta sedekah di Malaysia .



Viral lagi satu kes peminta sedekah yang agak pelik dan menjadi bualan orang ramai di media sosial twitter dan facebook. Menurut netizen seorang wanita yang berumur pertengahan kerap kali datang untuk meminta sedekah secara paksa sambil memaksa orang ramai yang lalu di kawasan LRT KL central untuk membeli tisu yang dijualnya dengan harga yang agak mahal.

Sebelum ini hanya kedengaran isu tersebut di media sosial namun tiada sebarang gambar atau bukti kejadian tersebut berlaku. Namun akhirnya seorang netizen telah memuatnaik beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan wanita yang memintasedekah secara paksa tersebut dan diviralkan di media sosia. Gambar tersebut telah menerima ribuan komen dari netizen yang turut menjadi mangsa wanita tersebut.



Modus operandi wanita tersebut adalah meminta sedekah dan menjual tisu yang dijual dengan harga rm2 – rm10. sekiranyatidak memberikan duit kepada wanita tersebut , manita tersebut akan mula memaki dan memaksa dan menyebabkan orang ramai terpaksa membeli tisu tersebut . wanita tersebut turut dikatakan tidak akan memulangkan baki sekiranya orang ramai memberi jumlah yang besar.

Netizen juga menggesa supaya pihak bertanggungjawab di Stesem LRT KL central supaya membuat tindakan yang tegas terhadap wanita tersebut yang menjalankan aktiviti itu setelah sekian lama.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!