Dunia agak berbeza dan lain di sempadan Malaysia dan Singapura. boleh dilihat masing masing mementingkan diri sendiri apabila berada dia kawasan sempadan tersebut kerana apa yang berlaku disana sememangnya boleh mengganggu emosi dan kewarasan manusia yang seringkali terdampar dalam kesesakan jalanraya akibat dari terlalu banyak kenderaan yang keluar masuk dari Johor dan Singapura.
Viral di laman sosial apabila dua buah kenderaan yang dibandingkan siapa salah dan dirakamkan oleh dashcam kereta dari belakang kedua dua kereta tersebut dilihat kenderaan pertama yang berasa dari Singapura adalah jenis Audi dan sebuah lagi adalah MPV Hyundai Starex yang pada awalnya masing masing berebut jalan di sebuah tempat yang mengalami kesesakan yang teruk di sempadan Malaysia Singapura.
Didepan Starex tersebut adalah sebuah lori yang kelihatan berhenti yang mungkin rosak memaksa Starex tersebut masuk kedalam jalan yang dilalui oleh Kereta berjenama Audi dari Singapura. Namun pemilik Audi tersebut berkeras untuk tidak memberikan laluan kepada pemandu Starex tersebut dan perkara yang sama juga berlaku kepada pemandu Starex tersebut yang berkeras ingin memasuki jalan Audi tersebut.
Ini menyebabkan mereka berhimpit sesama sendiri dan menyebabkan loring yang sempit dilalui oleh 2 kenderaan tersebut secara perlahan untuk mengelakkan kenderaan mereka dari berlanggar. Perkara tersebut dikutuk keras oleh penonton video tersebut di media sosial yang melihat masing masing tidak mahu menyerah dan pemandu audi tersebut keluar menyerang pemandu Starex . Netizen berpendapat bahawa kedua dua kenderaan tersebut bersalah . Apa pendapat anda.?
Reply