Mat Rempit bangkit dari Alam Kubur menangits tanpa henti.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rempit wujud sejak dari zaman 80-an lagi . Namun pada waktu tersebut Mat rempit masih lagi belum digelar Mat rempit akan tetapi, ianya digelar pelumba haram di Malaysia . Pelumba haram pada zaman tersebut tidak melakukan sebarang aksi aksi liar dan merbahaya akan tetapi pelumba haram akan berlumba secara haram dan melanggar had laju serta berlumba dalam keadaan yang merbahaya kepada diri sendiri dan orang awam.



Tersebutlah kisah pada tahun 80-an seorang mat rempit telah meninggal sewaktu berlumba haram di sebuah tempat di Malaysia. Mat rempit tersebut dikenali sebagai Dawawi telah meninggal setelah gagal mengawal motosikalnya dan merempuh tiang di sebuah jalan yang dilaluinya sewaktu berlumba kerana gagal untuk mengelak dari kenderaan yang turut lalu di jalan tersebut yang terkejut dengan Dawawi yang sedang berlumba.

Setelah beberapa hari Mayat Dawawi ditanam, Ibu kepada Dawawi mendapat sebuah mimpi bahawa Dawawi merang raung didalam kubur meminta pertolongan ibunya . Setelah beberapa hari mendapat mimpi yang sama , Ibunya mengambil keputusan untuk menggali semula kubur Dawawi untuk memastikan keadaan anaknya didalam kubur. Setelah beberapa proses kebenaran untuk menggali kubur selesai . Pihak yang bertanggungjawab akhirnya menggali kubur Dawawi.

Alangkah terkejutnya pada waktu itu setelah kubur digali , Dawawi kelihatan masih hidup dan berjaya diselamatkan dari tertimbus dengan tanah kubur tersebut . Akan tetapi setelah diselamatkan , jelas bahawa Dawawi bukan lagi seperti Dawawi yang dulu kerana Dawawi kelihatan sering menangis dan amat menyesal dengan perbuatannya . Perwatakan Dawawi turut berubah dari seorang mat rempit kepada seorang yang alim dan langsung tidak meninggalkan solat jemaah di Masjid.



Setelah 3 bulan daripada tarikh kubur beliau di gali , Beliau akhirnya pulang ke rahmatullah sewaktu beliau sedang bersolat subuh di sebuah masjid di kampung beliau. Ibunya redha dengan pemergian beliau dan menceritakan kepada orang ramai apa yang berlaku kepada Dawawi yang sempat diceritakan kepada ibunya sewaktu beliau “hidup semula”.

Menurut ibunya, sebaik sahaja Dawawi ditanam , Beliau telah merasakan setiap siksaan kubur yang cukup menyiksakan . Menurut Dawawi , Beliau telah didatangi oleh 2 orang berjubah putih yang menyiksanya atas setiap perbuatan beliau dialam kubur yang menyebabkan beliau menyesal atas setiap perbuatan beliau di dunia.

Cerita tersebut menjadi viral suatu ketika dahulu di Majalah majalah dan bukan di media sosial. Namun tidak dapat dipastikan akan kesahihannya . Akan tetapi cerita Dawawi tersebut sehingga kini boleh dijadikan iktibar dengan setiap apa yang dilakukan kita pada hari ini dan akan datang.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!