Sebelum memenangi pilihanraya yang ke 14, Pakatan harapan telah membuat beberapa manifesto yang menarik untuk mengubah kehidupan dan mendapat kepercayaan rakyat dan orang ramai untuk menjadi kerajaan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Antara manifesto utama pakatan harapan ialah pemansuhan GST yang mungkin menjadi punca utama kemenangan Pakatan Harapan.
Setelah pakatan harapan menang pilihanraya, Tun Mahathir telahpun dilantik menjadi perdana menteri yang berusaha untuk menunaikan manifesto 100 hari Pakatan Harapan yang dijanjikan oleh party tersebut. Antara manifesto yang penting yang dibentangkan oleh pakatan harapan adalah penangkapan MO1 iaitu Najib Razak , penurunan harga petrol sehingga 1.50 , pemansuhan GST dan pelbagai lagi manifesto yang menarik .
Setelah beberapa hari menguruskan negara , Tun Mahathir telah mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menyiasat Najib Razak dan sehingga kini siasatan masih dijalankan . Setelah itu tanpa disangka , Tun Mahathir telah mengarahkan supaya GST di Malaysia ditetapkan pada kadar 0% meskipun ianya tidak dimansuhkan. Ini adalah kerana banyak pihak berpendapat bahawa GST agak sukar untuk dimansuhkan dengan serta merta namun lebih mudah untuk dilaksanakan dengan pengubahan kadar cukai tersebut.
Kini harga kereta mula menjunam turun akibat dari kadar GST yang ditukarkan kepada 0%. 90% jenama dan jenis kereta Malaysia telahpun mendapat penurunan harga yang agak tinggi. Namun pakar pengkaji ekonomi mengatakan bahawa meskipun GST sudahpun dihapuskan secara teknikal , namun impak dari implementasi GST kita boleh lihat sehingga kini , harga barang keperluan asas yang pernah di kenakan GST masih tidak menurun dengan begitu mudah.
Baiklah, sekarang #GST akan jadi 0%, tapi apa akan jadi pada harga barang-barang dapur? pic.twitter.com/aSXnGAowiu
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) May 16, 2018
Reply