Minta pampasan 20juta tanah warisan keluarga. Pemaju hanya mahu beri 20ribu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat menilai sendiri tuntutan tidak masuk akal berjumlah RM20 juta yang dibuat Wan Mansor Wan Yusof, 57, sebagai pampasan untuk merobohkan kediaman yang masih didudukinya di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.




Sebelum ini seorang lelaki yang bernama Wan Mansor Wan Yusof berkeras untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk merobohkan kediamannya di Kampung Tanjung yang perlu dirobohkan untuk pembangunan di kawasan tersebut. Namun setelah ditemuramah beliau menegaskan bahawa beliau bukan tidak mahu memberikan kerjasama akan tetapi pampasan yang diberikan adalah amat kecil bagi kediamannya iaitu rm20000 ringgit.

Wan Mansor juga menegaskan bahawa beliau hanya akan memberikan kerjasama sekiranya pampasan adalah setimpal dengan nilai kediaman beliau dan meminta supaya diberi pampasan sekurang kurangnya 20juta. Kejadian ini telah menjadi viral di media sosial sehingga Wan Mansor mendapat banyak sokongan dari netizen berbanding pihak pemaju yang membayar pampasan yang amat rendah .



Setelah Menteri Besar Terengganu mengeluarkan kenyataan tuntutan Wan Mansor adalah tidak masuk akal , kes ini mendapat perhatian netizen yang mengutuk tindakan menteri menteri dan pihak pemaju yang senang senang mengatakan bahawa pampasan 20 juta adalah tidak masuk akal sedangkan pampasan yang bernilai 20 ribu adalah jauh tidak masuk akal berbanding 20 juta.

Wan Mansor mendapat sokongan netizen dan telah menyerahkan isu tuntutan pampasan kepada mahkahmah melalui peguam yang dilantik olehnya. Apa komen anda ? – Alert TV

Komen netizen lebih menyokong Wan Mansor




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!