Jika sebelum ini Alert TV telahpun menunjukkan keunikan Yamaha 125Z dengan pendingin cecair dengan liquid cooled, kali ini datang pula modifikasi dari Thailand yang amat unik. Beberapa gambar modifikasi unik Yamaha 125z tersebut kini menjadi viral di laman sosial Thailand sehingga ianya dapat dilihat di media sosial Malaysia.
Yamaha 125z tersebut dikatakan menggunakan enjin 2 silinder yang merupakan adalah enjin dari Yamaha RZ350 yang lama yang bersesaran 350cc. Enjin tersebut dikatakan didapati dari sebuah ATV Yamaha Banshee yang turut menggunakan enjin yang sama dengan RZ350 non powervalve version. Enjin tersebut adalah amat popular di negara Amerika Syarikat yang kini menjadikan model RZ350 sebagai motosikal vintage dan menjadi kegemaran penggemar motosikal lama.
Enjin RZ350 dikatakan mampu menjana sehingga 52hp dan dianggarkan 3 kali ganda kuasa dihasilkan oleh enjin asal 125zr. Selain itu Yamaha 125z tersebut ditambahlagi keunikannya dengan menggunakan lengan ayun tunggal atau pro arm dari NSR 150SP yang turut dikatakan agak mahal harganya sehingga mencecah rm2000 ringgit.
Menurut beberapa pendapat professional , dengan menggunakan enjin yang berkuasa 52hp pada motosikal yang ringan seperti 125zr, kemungkinan besar jentera tersebut boleh mencapai 250kmj namun agak sukar untuk dilakukan kerana faktor kestabilan motosikal tersebut juga mempermainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi.
Modifikasi tersebut dikatakan menelan belanja yang amat tinggi. Pemilik motosikal tersebut ditanyakan mengenai harga modifikasi tersebut namun dia hanya berkata ianya menelan belanja yang tinggi. Netizen cuba meminta video untuk melihat jentera tersebut beraksi namun pemilik jentera tersebut memberitahu bahawa motosikal tersebut masih dalam ujian dan video mungkin akan disertakan apabila motosikal tersebut benar benar stabil .
Reply