Seorang lelaki yang menunggah sebuah motosikal Yamaha 135lc telah memuatnaik gambar nasib malang beliau apabila enjin motosikal beliau retak dan berlubang akibat dari terlanggar besi yang berada di atas jalan Highway Plus. Menurut lelaki tersebut beliau tidak mengalami apa apa kecederaan namun motosikal beliau dilihat mungkin mengalami kerosakan yang teruk kerana bahagian utama enjin motosikal beliau telah rosak teruk
Dilihat juga dari beberapa keping gambar yang dimuat naik lelaki tersebut motosikal itu telah terseret lebih 100 meter berdasarkan kesan yang berada di jalan tempat kejadian tersebut berlaku. dilihat kulit enjin motosikal tersebut berlubang akibat dari terlanggar sesuatu objek dan menurut netizen yang melihat gambar tersebut ianya jelas berpunca dari hentakan objek cari luar enjin tersebut.
Netizen menasihatkan agar lelaki tersebut mencari objek tersebut untuk dijadikan bahan bukti dan menjelaskan bahawa sekiranya kejadian seperti itu berlaku, lelaki tersebut boleh menuntut gantirugi dari pihal plus. Beberapa orang netizen juga memuatnaik dan menceritakan pengalaman mereka yang mungkin bersamaan dengan lelaki tersebut.
Netizen dinasihati agar lebih berhati hati di highwat tersebut kerana mungkin banyak objek yang sukar untuk dielak berada di kawasan highway meskinpun nampak linang. – Alert TV
Pandangan Netizen
Reply