Kini Era 2 lejang telahpun tamat. Pada tahun 90-an jentera 2 lejang telah mendominasi market di serata dunia berbanding dengan 4 lejang bagi kategori motosikal berkapasiti rendah. Pengguna dan pengeluar masing masing memilih 2 lejang untuk kegunaan harian dan juga trek. Satu satunya motosikal 2 lejang yang tinggal masih dalam pasaran adalah KTM EXC TPI enduro yang bersesaran 250cc dan 300cc masih dipasarkan di Malaysia. Ianya adalah kerana KTM adalah satu satu nya pengeluar yang menawarkan sistem fuel injection kepada motosikal 2 lejang yang dipasarkan secara pukal.
Disini kami telah menyediakan beberapa motosikal terbaik kategori 125cc 2 lejang yang dahulunya merupakan pendominasi market di seluruh dunia sebelum penamatannya kerana pencemaran udara yang dikeluarkan oleh enjin 2 lejang yang berkuasa jauh lebih tinggi dari 4 lejang.
No 10 Yamaha TZR 125 (26hp)
TZR 125 merupakan motosikal 2 lejang dari Yamaha yang dikeluarkan pada tahun 1987 hingga 1991. TZR125 kini telah menjadi jentera klasik dan dijual dengan harga yang mahal . Pada waktu penjualannya TZR 125 dikatakan agak mahal dan hanya mampu digunakan oleh orang yang mempunyai wang sahaja.
No 9 NSR 125 (26hp)
NSR 125 merupakan motosikal pencabar bagi market 125cc 2 lejang pada waktu Yamaha mengeluarkan TZR125 . NSR 125 merupakan motosikal 2 lejang yang tidak pernah dipasarkan di Malaysia namun ianya masih boleh dikelihatan di Thailand dan negara Eropah yang memasarkan motosikal tersebut.
Suzuki Panther 150TXR (26hp) , RG150 (36hp)
Suzuki pernah mengeluarkan model 2 lejangnya yang sememangnya menjadi popular sewaktu ketika dahulu . Namun tidak ramai yang tahu bahawa Suzuki Panther TXR adalah model yang dipasarkan di Malaysia yang dikurangkan kuasanya berbanding dengan pasaran luar yang menggunakan nama dan bentuk yang berlainan iaitu RG150 .
PANTHER TXR 150(26HP)
RG150 (36hp)
NO 8. KAWASAKI KRR150 (28-30hp), KR150 (33hp), KRR150ZX (28-30hp) ,ZSR CYCLONE 150 (33-36hp).
Kawasaki merupakan pencipta terawal 2 lejang yang beberapa kali memenangi motogp dengan jenteranya . Kawasaki mengeluarkan beberapa jentera 150cc untuk bersaing dengan pengeluar yang lain . Kawasaki merupakan satu satu nya pengeluar yang mengeluarkan banyak model 150 cc sekaligus .
KRR150 (28-30hp)
KRR150ZX (28-30hp)
KR150 (33hp)
ZSR Cyclone 150 (33-36hp)
No 7. NSR150R (31hp)
NSR150R merupakan model terawal 150cc dari Honda untuk mencabar market 150cc. Honda NSR150R adalah berkuasa tinggi dan hanya dipasarkan dengan rim lidi untuk memastikan jentera tersebut murah dan ringan untuk menyaingi market Kawasaki pada waktu itu.
No 6. YAMAHA TZM150 (36hp)
Yamaha TZM merupakan permulaan kehilangan Kawasaki dari market Malaysia. setelah kemunculan Yamaha TZM, 150cc mula didominasi oleh TZM yang merosakkan jualan Kawasaki dan Suzuki. TZM merupakan motosikal berkuasa tinggi sehingga 36hp dan dilengkapi dengan powervalve Yamaha iaitu YPVS.
TZM150 (36hp)
No 5. NSR150RR 30HP
Setelah gagal menyaingi TZM , Honda mengeluarkan model terbarunya iaitu NSR150RR yang juga gagal menyaingi Yamaha TZM dari segi kuasa . Ianya sehingga kini digilai oleh peminat 2 lejang 150cc dan sparepart baru masih boleh didapati dan dibuat di Thailand.
No 4 Derby GPR125 (33hp), Gilera GPR125 (33hp)
Mungkin tidak ramai yang mengenali motosikal ini kerana ianya langsung tidak dipasarkan di pasaran asia. Namun pada waktu itu ianya merupakan saingan sengit bagi Aprilia RS125 yang agak mahal harganya kerana motosikal tersebut adalah dibuat berdasarkan motosikal lumba. Walaupun bersesaran 125cc, motosikal ini dengan senang menewaskan 150cc jepun. Namun sebenarnya motosikal ini menggunakan enjin TZR125 yang diperkuatkan lagi sehingga 33hp.
DERBY GPR125 (33hp)
GILERA SC125 (33hp)
No 3. Aprilia RS125
Siapa tidak kenal dengan Aprilia RS125 yang menjadi popular kerana jentera tersebut digunakan di litar lumba dan dijadikan street legal oleh Aprilia. Aprilia mengeluarkan 2 model RS125 iaitu MK1 dan MK2 yang lebih moden. Sehingga kini Aprilia masih digemari ramai dan menjadi lagenda dan masih boleh dimiliki di Malaysia dengan harga 10000 ringgit , namun maintenance RS125 yang agak tinggi membuatkan pengguna teragak agak untuk memiliki motosikal tersebut.
RS125MK1 (33hp)
RS125MK2 (33hp)
No 2. NSR150SP (39hp Thailand) (27hp Taiwan)
NSR150SP awalnya dijual di market eropah, namun kegagalan penjualannya , honda terpaksa memindahkan market model tersebut kepada Taiwan dan Thailand. Sehingga kini kilang NSR150SP masih beroperasi kerana terlalu ramai peminat NSR150SP ini . Lengan ayun tunggal juga menjadi tanda dan kelebihan kepada NSR150SP yang sering dimodifikasi kepada motosikal lain. NSR150SP tidak pernah dijual di Malaysia. Namun digantikan dengan NSR150RRW yang tidak menggunakan lengan ayun tunggal dan berkuasa 37hp
NSR150HP sehingga kini memegang LAND SPEED RECORD 150cc pada kelajuan 104.4 mph. iaitu lebih dari 160 KMJ. NSR dianggap Lagenda sehingga kini.
NSR150SP (39hp) (27hp Taiwan)
NSR150RRW (37hp)
No 1. Cagiva mito (31-32hp) (33-34hp Evolution 1&2) (33-34hp Fauzy edition) (12hp SP525)
Cagiva mito diletakkan tangga teratas bagi kategori 125-150cc kerana kehebatannya pada suatu ketika dahulu. MITO merupakan motosikal lagenda 2 lejang yang direka hampir bersamaan dengan beberapa jentera Ducati. Cagiva Mito mempunyai beberapa variasi dan yang paling popular adalah Mito Evolution 1 dan 2 yang dibezakan dengan 7 speed dan 6 speed gearbox.
Meskipun bersesaran 125cc Mito dengan senang boleh menewaskan Aprilia RS125, GILERA SC125, dan dapat menyaingi NSR150 dari segi pecutan dan handling namun gagal menewaskan Honda NSR150SP dari segi Top Speed. Pada akhir hayat Mito iaitu model SP525 telah dikurangkan kuasanya sehingga 12hp sahaja.
Cagiva Mito Mk1&2
Cagiva Mito Evolution 1&2 bentuk hampir sama dengan Ducati 916
Cagiva Mito SP525
Cagiva Mito Fauzy Edition
Begitulah sedikit sebanyak mengenai 2 lejang lagenda sewaktu ketika dahulu . Pada waktu itu Cagiva Mito sering disebut sebut kerana prestasinya yang luar biasa . Namun Cagiva Mito dikatakan Unreliable atau mudah rosak. Meskipun Cagiva mito agak bermasalah akan tetapi ianya tetap antara motosikal terbaik dan satu2nya saingan kepada NSR150SP. Remaja kini mungkin memuja muja RX-Z akan tetapi inilah lagenda yang sebenar. – Alert TV
P/S : list ini adalah dari kami, Alert TV. Mungkin pandangan berbeza bagi setiap orang.
Reply