“Mudah nak keluar masuk negara ni” warga asing gelak apabila kena tangkap.

Kini operasi PATI untuk menangkap semua pendatang asing di Malaysia semakin kerap dijalankan setelah pertukaran kerajaan baru Pakatan Harapan untuk mengubah Malaysia yang kini dibanjiri oleh warga asing. Boleh dilihat pada hari raya, bandaraya Kuala Lumpur dilihat diliputi warga asing sehinggakan Kuala Lumpur dikatakan seolah olah menjadi bandar bagi orang asing dan bukan Malaysia.



Operasi PATI kian kerap dijalankan dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin yang telah menangkap ramai warga asing di Malaysia, Namun meskipun pelbagai penangkapan dilakukan , dipercayai bahawa jumlah warga asing masih tidak berkurangan dan berleluasa di Malaysia memandangkan sehingga kini masih boleh dilihat warga asing masih bebas menjalankan perniagaan dan masih bebas di sekitar Malaysia.

Viral sebuah video yang menunjukkan warga asing ditangkap dan dihumban kedalam trak PATI dalam sebuah operasi di bandaraya Kuala Lumpur. Dilihat ramai warga asing yang ditangkap dalam operasi tersebut. Seorang netizen telah menunjukkan video tersebut kapada rakannya yang merupakan warga asing namun rakannya itu seolah terbiasa dengan keadaan tersebut.



Rakan netizen warga asing tersebut dikatakan hanya tergelak dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan kembali memandangkan begitu mudah untuk keluar masuk kedalam Malaysia dan peraturan Malaysia tidak seketat negara lain yang mungkin agak kasar jika disebut namun ianya sememangnya sesuatu yang benar.

Netizen berharap bahawa kerajaan memperketatkan syarat kemasukan warga asing kerana ianya menjadi sesuatu yang amat buruk kepada masadepan Malaysia selain tidak dapat dibanteras dengan baik oleh PATI sendiri.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!