Isu hubungan sejenis sememangnya telah menjadi antara isu paling hangat di Malaysia. ianya diikuti dengan kes hukuman bagi pesalah hubungan sejenis di Terengganu yang disebat di khalayak ramai dan disokong oleh netizen yang menyokong kerajaan Terengganu untuk mengenakan hukuman tersebut kepada pesalah yang melakukan hubungan sejenis.
Viral di laman sosial pula TV3 telah mengeluarkan kennyataan bahawa kini Selangor telah meluluskan zakat bagi kaum hubungan sejenis ini diberi zakat dan mempunyai 8 kategori . Ini membangkitkan kemarahan netizen kerana sedangkan lebih ramai golongan asnaf yang lebih layak untuk mendapatkan zakat tersebut selain golongan yang mengamalkan hubungan sejenis ini.
Ini juga dikatakan satu keputusan yang tidak masuk akal dan patut ditentang oleh orang ramai menurut netizen yang tidak menyokong keputusan mufti Selangor tersebut . Ianya dikatakan berlaku kerana Malaysia kini telah beralih kearah yang lebih liberal tanpa mengikuti hukum hakam yang sebenar dalam islam.
Netizen turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menjalankan perkara tersebut secara membuta tuli sahaja tanpa persetujuan orang ramai . Ini tidak sepatutnya diteruskan kerana golongan tersebut dikatakan boleh mengambil jalan atau alternatif lain selain dari melakukan perkara tersebut.
Keputusan ini dianggap sebagai keputusan yang paling tidak wajar dan pelik dalam sejarah Malaysia bagi netizen yang tidak menyokong perkara tersebut dari teruskan . netizen turut berharap supaya perkara ini perlu dipertimbangkan sekali lagi tentang perlaksanaanya.
Reply