Sebelum ini telah beberapa kali menteri agama telah viral di media sosial dengan kenyataannya yang agak tidak menyenangkan umat islam serta orang ramai kerana setiap kata kata dan keputusan beliau dikatakan amat bias dan langsung tidak membela islam meskipun beliau adalah menteri agama. ianya jelas apabila beliau kerap kali mengenepikan tuntutan agama dalam beberapa kes yang menjadi kontroversi di Malaysia.
Sekali lagi beliau menimbulkan kontroversi apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Mujahid Yusof Rawa menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai “berita palsu”. Ianya bertentangan dengan apa yang berlaku sebaliknya yang viral dimedia sosial yang tular dengan kejadian yang berlaku di ughyur.
“Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan,” kata Mujahid dalam ucapan yang disampaikan di Universiti Pengajian Luar Beijing semalam.
Beliau kemudian membuat perbandingan dengan dakwaan penganut Hindu di Malaysia dianiaya.
“Sementara berita palsu tentang penganut Hindu diperlakukan secara tidak adil oleh orang Islam di Malaysia contohnya boleh mencetuskan kebencian terhadap orang Islam minoriti di India,” katanya.
Kenyataan itu menyusuli kritikan terhadap Mujahid menggunakan istilah “pusat latihan” bagi meruguk kepada sebuah kem kontroversi yang ditubuhkan untuk “mendidik semula” penentang beragama Islam di wilayah Xinjiang yang bergolak.
Susulan lawatannya, Mujahid menulis di Facebook: “Pusat ini menjalankan aktiviti latihan perindustrian dengan pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas perundangan, seni, gubahan bunga dan sebagainya,” katanya di Facebook bersama gambar lawatannya.
Catatan itu mengundang kritikan daripada pengguna Facebook, yang berkata Mujahid mengulangi propaganda China apabila menggambarkan kem-kem tahanan di Xinjiang sebagai “pusat latihan”.
China pernah menafikan pendedahan-pendedahan mengenai kewujudan kem-kem tahanan seperti itu, tetapi kemudian berkata ia adalah “pusat-pusat vokasional” untuk “menyelamatkan” orang daripada pengaruh pelampau.
Badan-badan hak asasi sekian lama menuduh China bertindak keras terhadap penentangan di Xinjiang dengan alasan melawan ekstremisme orang Islam.
Dalam ucapannya, Mujahid berkata Malaysia dan China berkongsi pendekatan sama dalam mengintegrasikan kumpulan etnik berbeza.
“Malaysia mengamalkan integrasi nasional melalui pemeliharaan budaya dan tradisi setiap kumpulan etnik tetapi bersatu sebagai satu keluarga besar iaitu rakyat Malaysia.
“Republik Rakyat China (PRC) mengamalkan pendekatan sama dengan menjaga identiti setiap kumpulan etnik tetapi mengintegrasikan ke arah satu unit keluarga yang besar.”
Kenyataan Mujahid tersebut mula viral di laman sosial dan dikecam oleh orang ramai apabila sekali lagi tindakan beliau yang seolah olah langsung tidak menghiraukan umat islam di Ughyur.
Reply