Jikalau guru murid murid dididik untuk menghormati guru dan manggangap guru sebagai ibu bapa mereka namun kini lain pula jadinya apabila murid kini sudah mula tidak menghormati guru dan ibu bapa . Ini juga mungkin berlaku kerana didikan keluarga yang terlalu sayangkan anak dan terlalu memanjakan anak mereka sehinggakan kini murid murid bukan sahaja tidak menghormati guru malah ada juga yang langsung tidak menghormati ibu bapa.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan guru disiplin, tiga sekawan bertindak melempar bom buatan sendiri ke tingkap bilik guru lalu mengakibatkan 80 bilah cermin musnah sama sekali. Kejadian berlaku di blok C, bilik displin dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang, Kota Bharu, Kelantan jam 11 pagi. Ia dilempar dari bahagian belakang blok sekolah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, siasatan mendapati bom buatan itu diubahsuai menggunakan mercun selepas polis menemukan serpihan plastik mercun bola. Usaha menjejaki suspek giat dilakukan.Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. menurut laporan TV9.
Netizen menyokong tindakan polis mencari pelajar pelajar terlibat dan mengenakan hukuman yang sekerasnya kepada mereka yang tidak menghormati guru. Selain itu netizen menyokong pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab untuk memberkas pelajar tersebut kerana mungkin ibu bapa pelajar tersebut tidak mampu untuk mengenakan hukuman kepada anak mereka dan lebih baik polis mengajar anak anak mereka.
Reply