Naik honda tapi bodoh begitulah ungkapan netizen terhadap sebuah video yang kini viral dilaman media sosial yang dikecam teruk oleh netizen kerana perbuatan seorang lelaki yang agak keterlaluan. Selain dari dikutuk perbuatannya juga terpalit jenama Honda yang popular di Malaysia oleh golongan muda sebagai kereta idaman mereka.
Sudah menjadi adat turun temurun bahawa golongan bekerja akan menyediakan wang sampul dan duit raya untuk dibahagikan kepada golongan kanak kanak yang masih belum bekerja . Ianya walaubagaimanapun menjadi sebuah lawak yang kurang cerdik oleh seorang lelaki yang jadi viral di laman sosial dan dikutuk teruk oleh netizen kerana ianya agak tidak patut.
Lelaki tersebut dilihat didalam video memberhentikan kereta beliau yang berjenama Honda apabila melihat sekumpulan kanak kanak ditepi jalan sedang berjalang untuk beraya bersama rakan rakan mereka. Lelaki tersebut kemudiannya bertanya kepada kanak kanak tersebut samada kanak kanak tersebut mahukan duit raya. Apabila beberapa orang kanak kanak itu mengganggukkan kepala , Lelaki tersebut terus membuat lawak yang tidak patut sambil disertai dengan gelak tawa lelaki tersebut bersama kawan kawannya yang agak kurang menyenangkan sambil memecut kenderaan.
Video tersebut menjadi viral dan kutukan netizen kerana lelaki tersebut membuat lawak bodoh demikian selain mungkin tidak patut untuk mengguris hati kanak kanak tersebut yang mungkin mengharapkan duit raya. Selain itu beberapa anggota kelab Honda juga mengutuk tindakan lelaki tersebut kerana menjejaskan nama baik pengguna Honda.
Reply