Najib jadi raja media sosial di Malaysia.

Najib Razak yang merupakan bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini tidak disukai orang ramai kerana pelbagai kontrobersi yang berlaku terhadap beliau sewaktu beliau didalam tampuk pemerintahan Malaysia . Namun setelah kejatuhan beliau , Beliau mula menggunakan platform media sosial untuk melawan kerajaan baru dengan kenyataan ‘sarkastik’ di media sosial.



Tidak dapat dinafikan kuasa media sosial sama ada daripada aspek positif atau negatif amatlah ketara terutamanya dalam dunia politik.

Dalam konteks Malaysia, jika sebelum pilihan raya ke-14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin paling berpengaruh di media sosial sehingga digelar Raja LiveFB.

Namun, dengan hashtag Malu Apa Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak mula meraih sokongan netizen terutamanya kelompok pengguna laman sosial muda sehingga digelar Raja Troll.



Yang pasti, hari ini berdasarkan statistik jumlah pengikut di Facebook dan Twitter, Najib merupakan pemimpin paling berkuasa di media sosial Malaysia apabila menjadi pemimpin politik yang memiliki pengikut paling ramai.

Berdasarkan laman web Socialbakers yang menganalisis statistik media sosial, Najib berada di depan dengan 3.9 juta pengikut di Facebook dan 4.2 juta pengikut di Twitter.

Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
Dr Mahathir berada di tempat kedua di Facebook dengan jumlah 3.6 juta pengikut, tetapi ranking kedua di Twitter pula menjadi milik Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan 2.4 juta pengikut.


uara carta pemimpin paling banyak pengikut di laman media sosial akan sentiasa berubah, namun yang pasti media sosial kini merupakan ‘senjata’ penting ahli politik dalam memikat hati penyokong mereka.

Sementara itu, pakar sosial merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, bagi mengelak manipulasi kenyataan oleh pihak tidak bertanggungjawab, seseorang pemimpin perlu mempunyai akaun media sosial rasmi bagi membolehkan masyarakat membuat rujukan berita sebenar.

Katanya, pemimpin di Malaysia seharusnya mengambil kesempatan menggunakan medium sosial tetapi pada masa sama tidak mengabaikan media konvensional yang masih punya pengikut tersendiri. Sehingga segarang beliau masih aktif bergiat di media sosial dengan kenyataan sarkastik beliau.


Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!