Sebelum ini viral Najib Razak yang merupakan bekas perdana menteri Malaysia telah dihadapkan ke mahkamah atas beberapa tuduhan penyelewengan dan pecah amanah terhadap wang rakyat Malaysia . Akibat dari tangkapan beliau , mahkamah menetapkan bahawa beliau boleh diikat jamin dengan nilai RM1 juta ringgit dan boleh dibayar 2 kali .
Akibat dari ikat jamin tersebut , penyokong penyokong Najib Razak telah berjaya mewujudkan tabung dan berjaya mengutip lebih dari Rm700 ribu ringgit untuk menjamin Najib Razak yang kini agak tertekan kerana akaun akaun beliau dan umno telahpun dibekukan oleh pihak berkuasa untuk siasatan berkenaan dengan kes beliau.
Pergerakan Wanita UMNO pada Ahad menyerahkan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM261,286 serta dua utas gelang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar pada Isnin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu. Selain itu, lebihan baki yang lain adalah dikutip dari beberapa pertubuhan UMNO yang lain.
Namun setelah diikat jamin , Beberapa orang daripada dalam Pakatan Harapan sendiri memberitahu bahawa ikat jamin tersebut bukan bermakna Najib terlepas dengan sebegitu sahaja beliau masih perlu dibicarakan atas beberapa tuduhan dan sekiranya beliau benar benar tidak bersalah barulah beliau benar benar dibebaskan. Najib dikatakan bahawa bakal dibicarakan dengan empat pertuduhan pada 18 februari tahun depan.
Reply