Neelofa muncul satu satunya model berhijab Swarovsky menjadi kebanggaan netizen.

Neelofa sememangnya seorang artis dan usahawan yang berjaya di Malaysia . Neelofa juga pernah mengharumkan nama Malaysia kerana dirinya terpampang di majalah forbes sebagai usahawan terbaik asia tenggara. Forbes merupakan majalah yang paling popular yang isunya berkaitan dengan kewangan, ekonomi dan perihal yang berkaitan dengan kakayaan.



Neelofa

Namun pada awal 2018, Neelofa telah dilanda pelbagai kontroversi yang buruk dan dikatakan mungkin memberi impak kepada namanya di Malaysia kerana beliau telahpun membuat kesalahan dengan melancarkan produk tudung beliau di sebuah kelab malam terkenal di Malaysia iaitu Zouk Club. Sebelum ini Neelofa sememangnya seorang usahawan tudung berjaya dengan mendapatkan jualan tudung yang mencapai 5 juta unit sekaligus membuatkan namanya popular dimata dunia.

Baru baru ini juga timbul kontroversi Neelofa yang dikatakan cemburu dengan seorang lagi artis Malaysia Fazura dengan mengeluarkan kata kata sinis didalam IG beliau dan menarik perhatian netizen sehingga dirinya dikecam teruk dan dikatakan iri hati dengan Fazura yang sudahpun berkahwin dengan artis popular yang sebelum ini digosipkan dengan Neelofa iaitu Fattah Amin yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Popular 2017.



Namun jelas ternyata bahawa kontroversi tersebut tidak berjaya menjatuhkan Neelofa apabila beberapa hari yang lepas muka Neelofa terpampang sebagai satu satunya model bertudung jenama terkenal Swarovki yang mempromosikan jam tangan rekaan terbaru mereka iaitu Swarovski Neelofa.

Dilihat pelbagai komen rakyat Malaysia memuji Neelofa didalam ruangan komen Swarovski official yang mempromosikan produk mereka dan jelas membuktikan bahawa kontroversi langsung tidak dapat menjatuhkan Neelofa buat masa ini.

Neelofa dalam Iklan Swarovsky Facebook

Jam Tangan Neelofa Swarovsky




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!