Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Astro AWANI menerusi satu tinjauan pendapat ataupun ‘poll’ di laman Twitter pada Ahad, sebanyak 79.5 peratus orang memilih untuk kekal berada di rumah.
Bagaimanapun, ada segelintir daripada mereka yang membuat perancangan untuk pulang ke kampung iaitu sebanyak 10.3 peratus.
Ini menunjukkan bahawa perancangan untuk menghabiskan cuti sekolah dengan bercuti ke dalam dan luar negara bukan menjadi pilihan utama bagi orang ramai.
Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.
Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.
Bukan itu sahaja, mereka juga lebih sanggup untuk membatalkan atau menangguhkan rancangan percutian bagi mengelak daripada dijangkiti COVID-19.
Ini menunjukkan keputusan jelas iaitu sebanyak 93.3 peratus rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka membatalkan percutian mereka bagi mengelakkan keadaan bertukar menjadi parah.
Manakala hanya minoriti, iaitu sebanyak 6.7 peratus menjelaskan bahawa mereka masih lagi yakin dengan keselamatan dan pendedahan mereka terhadap persekitaran kini.
Namun kini netizen bengang dengan beberapa orang artis yang mana sibuk bercuti sewaktu covid19 ini menular di Malaysia
beberapa gambar instagram artis seperti Aishah Azman, Ummi Nazeera, Farah Nabilah, Alvin Chong dan Liyana Jasmay tular menjadi kutukan netizen yang menggesa mereka menjalani saringan setelah pulang ke Malaysia.
Reply