Tular di laman sosial setiap video kenyataan Nazri Aziz yang sebelum ini mengundang pelbagai kontroversi di laman sosial kerana kebanyakan kenyataan beliau adalah biadap dan agak kurang ajar kerana beberapa kali menghina dengan teruk Perdana Menteri baru Malaysia yang baru sahaja mendapat jawatannya kali ke dua berikutan dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke 14 baru baru ini.
Dilihat beberapa video klip penghinaan beliau sebelum ini timbul semula di media sosial sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan netizen bertanya tanya dimanakah beliau berada sekarang berikutan dengan kenyataan penghinaan beliau terhadap Tun Mahathir sebelum ini yang agak kasar dan agak terbukti membela bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Turut tular di media sosial kenyataan beliau yang menuduh bahawa setiap perbuatan beliau dalam bidang politik adalah berasal dari ajaran Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini menjadi Perdana menteri Malaysia. Selain itu anak Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri turut diserang netizen dan diminta supaya dihadapkan kemuka keadilan kerana pernah terpalit dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang masih tidak diadili sehingga kini.
Menurut netizen juga mereka berharap agar kerajaan baru Pakatan Harapan tidak menerima sewenang wenangnya Nazri Aziz sekiranya beliau mengambil keputusan untuk melompat party seperti yang berlaku kepada beberapa orang ahli politik Barisan Nasional yang lain.
Alert TV berpendapat bahawa Nazri bukanlah seorang pemimpin yang baik sekiranya dilihat dari perbuatannya yang sering menghina orang lain . Apa pendapat anda pula?
Reply