Sejak kebelakangan ini pelbagai operasi untuk membanteras pati yang membanjiri negara Malaysia dijalankan kerana kebanjiran warga asing di Malaysia sejak beberapa tahun lepas telah dianggarkan mencecah 10 juta orang sehinggakan kelibat mereka boleh dilihat terlalu ramai di bandaraya sewaktu rakyat Malaysia masing masing pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga masing masing.
Berikutan dengan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah sekian lama memandang serius hal tersebut namun telah kehilangan kuasa untuk membanteras perkara tersebut sewaktu beliau dalam Barisan Nasional kini telah mendapat kembali kuasa dan tugas beliau untuk membanteras warga asing yang sekian lama bebas membanjiri Malaysia yang dibawa masuk oleh ‘orang dalam’ kerajaan yang sebelumnya.
Namun setelah beberapa kali melakukan operasi , Namun kerajaan masih gagal untuk membanteras sepenuhnya PATI atau warga asing ini. Ini menyebabkan pihak berwajib memperketatkan operasi di tempat tempat utama warga asing ini berada seperti di pasar Selayang. Pelbagai aduan dikatakan diterima di pasar tersebut yang telah menjadi pasar untuk warga asing.
Video rakaman PATI bertempiaran melarikan diri sewaktu serbuan berlaku menjadi viral di laman sosial yang disokong oleh netizen yang menyokong tindakan kerajaan baru untuk membanteras PATI sekeras kerasnya yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh kerajaan lama yang mungkin terlibat dengan korupsi dan kroni.
Reply