Kini telah tiba bulan ramadhan yang mulia bagi setiap umat islam di seluruh dunia . Bulan puasa ialah bulan yang paling mulia dalam islam yang menyuruh umat islam bukan sahaja berpuasa dari lapar dan dahaga malah berpuasa dari segala hawanafsu , kemarahan dan apa apa sahaja perkara negatif untuk memaksimumkan pahala dan ganjaran yang bakal diberikan oleh Allah SWT.
Walaubagaimanapun tular di media sosial pada bulah ramadhan ini seorang pakcik tua telah menengking seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal . Pakcik tersebut pada awalnya telah berbalas mulut dengan lelaki tersebut kerana kes parking. Lelaki tersebut dikatakan menegur seorang pakcik yang meletakkan kenderaannya di ruangan motosikal namun pakcik tersebut berkeras tidak mengaku salah.
Pakcik berkopiah tersebut berterusan menengkin lelaki yang menaiki motosikal tersebut kerana menegurnnya namun lelaki bermotosikal tersebut hanya mengiakan sambil meminum air. Akan tetapi pakcik berkopiah tersebut semakin berang dan memaki lelaki tersebut kerana meminum air pada bulan ramadhan dan lelaki tersebut menjelaskan bahawa beliau non muslim dan tidak berpuasa.
Pakcik tersebut berterusan memarahi lelaki tersebut dan menuduh lelaki tersebut tidak menghormati orang yang berpuasa dan juga bulan ramadhan. Lalaki tersebut terpinga pinga kerana dimarahi oleh pakcik tersebut namun pakcik tersebut terus beredah selepas kedua dua mereka telah menghibungi pihak berkuasa.
Netizen memberikan pandangan bahawa pakcik tersebut telah memalukan muslim dan bukan contoh yang baik kerana tidak mengaku salah dan mencari kesalahan orang lain sambil memaki maki lelaki tersebut .
Reply