Setelah berleluasanya warga asing di Malaysia , ramai yang telah ditangkap dan dihantar ke nagara asal mereka setelah peralihan kuasa oleh kerajaan Pakatan Harapan yang berusaha dengan sesungguhnya untuk membanteras PATI atau pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia. Walaubagaimanapun ada juga warga asing yang menggunakan orang dalam untuk mendapatkan permit dan sebagainya.
Viral di laman sosial seorang lelaki india sedang bertikam lidah dengan seorang wanita yang merupakan warga pakistan yang berniaga di sebuah tempat . Wanita tersebut telah diserang oleh lelaki india tersebut apabila wanita tersebut dikatakan tidak memiliki permit yang sah untuk berniaga dan beliau hanya memiliki permit yang telah lama tamat tempoh namun masih berniaga seperti biasa.
Wanita pakistan tersebut dikatakan diikut oleh lelaki india yang merupakan perakam video tersebut kerana telah melanggar 2 orang lelaki namun tidak mengaku bersalah . Wanita tersebut sebelum itu telah menunjukkan lesennya yang telah diperbaharui dan masih belum tamat tempoh namun ianya menimbulkan status yang meragukan apabila permit kerja wanita pakistan tersebut telah lama tamat tempoh.
Lelaki india tersebut meminta supaya pihak terlibat menyiasat keadaan ini kerana ianya mungkin adalah perbuatan orang dalam kerajaan yang memperbaharui lesen wanita tersebut atau lesen wanita tersebut adalah palsu . Tidak dapat dipastikan apa tindakan terhadap wanita tersebut namun ianya cukup untuk membuktikan bahawa ianya sememangnya sesuatu yang salah disisi undang undang.
Reply