Pegawai imigresen pukul warga myanmar dengan pen ditukarkan serta merta untuk siasatan.

Viral di media sosial apabila seorang pegawai imigresen kelihatan melayan seorang warga myanmar dengan agak kasar dengan teruk. Pegawai imigresen tersebut kelihatan mengankat pen sambil memukul kepala warga asing tersebut sambil menolak nolak kepala warga asing tersebut . Ini mencetuskan kemarahan netizen yang mahu tindakan dikenakan terhadap pegawai imigresen tersebut .



Menurut laporan susulan dari kejadian tersebut. pegawai tersebut dikatakan ditukarkan serta merta ke bahagian laun untuk tujuan disiplin

Pegawai Ditukarkan Serta Merta

Jabatan Imigresen Johor mengambil tindakan displin dengan menukar pegawainya serta merta ke bahagian lain selepas video beliau memukul seorang lelaki Myanmar dengan pen ketika berurusan di kaunter jabatan itu tular di laman sosial pagi tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian itu berlaku jam 9 pagi tadi di Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen di Bangunan Persekutuan Johor Bahru.

Tegasnya, sebaik menyedari kejadian itu diviralkan, pegawai terbabit telah ditukarkan serta merta ke bahagian lain bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap pegawai terbabit.



Jabatan Imigresen katanya, tidak akan berkompromi dengan perbuatan pegawai berkenaan dan tindakan akan diambil mengikut peraturan sedia ada.

Bagaimanapun katanya, siasatan awal mendapati pemuda keturunan Myanmar berkenaan gagal memahami arahan yang diberikan oleh pegawai terbabit beberapa kali menyebabkan pegawai terbabit hilang sabar.

Punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan lanjut.

Dari kenyataan tersebut terbukti bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan pegawai imigresen tersebut masih dalam pemerhatian dan tindakan disiplin bakal dikenakan kepada pegawai tersebut yang agak kasar dengan orang asing tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!