(VIDEO) Pelajar sekolah memandu kereta Nissan GTR cuma salah faham?

Tersebar di media sosial bahawa seorang perempuan memakai pakaian sekolah telah memandu kereta sport mewah iaitu Nissan GTR yang bernilai lebih setengah juta di media sosial . Didalam video dan beberapa gambar yang diambil menunjukkan seolah oleh remaja perempuan tersebut memakai pakaian sekolah dan menaiki Nissan GT-R untuk ke sekolah.



Setelah itu, video tersebut menjadi viral di merata rata laman sosial sehingga ianya mendapat kecaman teruk di media sosial dan netizen tertanya tanya siapakah ibu bapa perempuan tersebut yang memberikan kemewahan sebegitu rupa kepada anaknya. namun setelah diteliti, rupanya tanggapan netizen kepada video tersebut adalah salah sama sekali kerana remaja perempuan dan pemandu kepada Nissan GT-R yang berwarna pink tersebut bukanlah pelajar sekolah akan tetapi pemilik kepada kereta Nissan tersebut sendiri.

Wanita tersebut adalah dikenali sebagai Murnyss Zac di media sosial dan merupakan salah seorang dari pengasas produk kosmetik dan wanita yang amat berjaya di Kelantan . Wanita tersebut merupakan jutawan kosmetik yang popular di Kelantan dengan produk2 kecantikan dan produk untuk melangsingkan tubuh badan. Wanita itu juga memuatnaik video tersebut untuk suka suka namun disebarkan oleh pihak tertentu sehingga ianya menjadi viral di media sosial dan mendapat kecaman yang teruk.



Setelah sehari diupload , netizen mula mengenali jutawan produk tersebut dan dia mula menjadi sebutan . Namun video tersebut sehingga kini masih menerima kecaman kerana netizen menganggap Murnyss Zac bertindak riak pula di media sosial kerana berbangga dengan kereta sport mewah Nissan GTR beliau.

Namun Murnyss Zac berkata beliau tidak akan pernah putus asa kerana kejayaan beliau adalah hasil titik peluhnya sendiri dan kutukan di media sosial tidak pernah meruntuhkan semangatnya untuk berjaya.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!