Malaysia tidak asing lagi dengan pelawak apabila industri tanah air di Malaysia adalah lebih kepada genre lawak . Ianya menyebabkan Malaysia sememangnya melahirkan ramai pelawak pelawak yang berkualiti yang kini bukan sahaja berlakon dan buat lawak malah kebanyakan dari pelawak dari Malaysia mula menjadi pengacara di pelbagai rancangan di Malaysia.
Namun tidak semua lawak yang dipersembahkan oleh pelawak ini disukai oleh rakyat Malaysia . Seorang pelawak stand up comedy dari Singapura telah mengongsikan lawak beliau diatas pentas di sebuah tempat. Meskipun ianya seolah olah lawak yang agak berjaya menarik minat penonton di pentas tersebut , Namun apabila ianya dikongsikan di media sosial , pelawak tersebut dikecam teruk kerana lawaknya yang dikatakan agak sensitif.
Pelawak tersebut telah melawak dengan beberapa perkara yang berlaku di Malaysia yang membawa tajuk ‘Malay P*rn’. Meskipun kebanyakan daripada lawak tersebut adalah benar dan tepat namun ianya dipandang tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama islam menurut sebahagian netizen.
Pelawak tersebut dikenal dengan gelaran Fakkah Fuzz di media sosial dihentam teruk dan dinasihati oleh sebahagian netizen supaya lebih sensitif dengan lawak yang demikian . Namun ada juga yang mengatakan ianya adalah lawak semata mata dan bukannya dikategorikan sebagai lawak yang menghina dan sebagainya dan mereka menyokong pelawak tersebut.
Reply