Sukan Asia sememangnya kerap kali menjadi viral kali ini kerana pelbagai kerenah dan kejadian berlaku di temasya sukan tersebut di Indonesia. Sebahagian daripadanya berunsur positif dan sebahagian lagi berunsur negatif yang jarang berlaku dan jarang melibatkan Malaysia . Sebelum ini agak sukar untuk kita melihat Sukan menjadi viral akibat dari kejadian luar jangkaan di sukan Asia.
Kali ini viral pula mengenai sukan acara sepak takraw beregu di Malaysia . Sukan tersebut menjadi viral di media sosial apabila netizen di media sosial mengutuk perbuatan pasukan Indonesia yang seolah oleh merendahkan kemampuan pasukan sepak takraw Malaysia dan melakukan pelbagai gimik yang agak menyakitkan hati sewaktu mendapat mata perlawanan. Ianya membangkitkan kemarahan netizen rakyat Malaysia yang kecil hati dengan gimik tersebut.
Walaubagaimanapun sungguh memalukan apabila diakhir perlawanan sepak takraw tersebut , Dilihat pasukan Malaysia telah memenangi perlawanan tersebut . Kemenangan tersebut menyebabkan Pasukan Indonesia menerima malu yang amat besar dan ramai yang menganggap ianya adalah karma dari perbuatan mereka yang agak riak dan tidak beradap terhadap pemain sepak takraw Malaysia yang lebih menghormati pihal lawan.
Setelah kemenangan pasukan Malaysia , viral lagi sebuah video yang terdiri dari pemain takraw Malaysia membuat gimik gelak tawa dengan peralihan suara yang amat melucukan . Ianya dianggap sebagai balasan dari Malaysia terhadap sindiran pasukan Indonesia yang tidak beradap itu. Namun video tersebut dibuat dengan bersahaja dan bukan tujuan untuk menyindir mana mana pasukan .
Reply