Pemandu bas sememangnya sering dikutuk kerana perbuatan mereka yang mungkin menyakitkan hati namun tidak semua pemandu bas yang bertindak demikian . Sebelum ini viral seorang pemandu bas RapidKL yang telah melanggar kenderaan secara rawak dan diviralkan oleh seorang lelaki yang mengejar bas tersebut dengan menggunakan motosikal kerana langgaran pemandu bas tersebut mencederakan emaknya.
Pada awalnya netizen membela pemandu bas tersebut yang mungkin takut diserang oleh lelaki yang mengejarnya namun setelah keluarnya berita pemandu bas tersebut dalam pengaruh dadah, Pemandu bas tersebut tidak lagi dibela oleh netizen di media sosial. Selain itu kejadian tersebut turut membuatkan reputasi Bas RapidKL turun secara mendadak dan netizen menyerang page rasmi RapidKL.
Masih hangat dengan berita tersebut , timbulpula sebuah video yang viral di laman sosial apabila 2 orang gadis dilihat bertengkar dengan pemandu bas tersebut yang dikatakan agak biadap . Namun Netizen masih menyokong pemandu bas Rapid tersebut meskipun beliau bertindak memaki hamun dengan agak kasar. Pemandu bas tersebut dikatakan mungkin letih dengan kerjanya namun diganggu oleh 2 orang gadis tersebut yang memviralkan video tersebut.
Netizen berpendapat bahawa perkara tersebut boleh diselesaikan dengan damai tanpa perlu memviralkan perkara tersebut . Netizen juga menganggap bahawa perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan dan hanya boleh diselesaikan dengan timbangrasa dan bukan mengikut nafsu dan emosi masing masing
Reply