Kini undang undang telah diperketatkan bagi kesalahan yang melibatkan jalanraya dan kesalahan yang melibatkan kenderaan di bandar seperti kesalahan parking dan sebagainya. Kesalahan utama yang dilakukan ini pada suatu masa dahulu tidak dihiraukan oleh pengguna dan memaksa kaedah mengunci tayar digunakan bagi mengajar pemandu supaya lebih berdisiplin.
Namun lain pula berlaku di sebuah tempat di Jalan Kuchai Maju di pusat bandar Kuala Lumpur. Kereta telah membuat kesalahan parkir luar petak. Dengan kesalahan itu kereta ini disaman dan dikapit tayarnya.
Tidak lama selepas kereta itu dikunci, Pemilik kereta yang sedar kenderaannya dikapit memasuki kereta dan terus berundur sehingga langgar kereta pegawai kapit sebanyak 3 kali dan memecahkan plat nombor pendaftaraan kenderaan pegawai kapit.
Pada masa sama kenderaan itu dapat melonggarkan kapit yang dipasang diroda kenderaan putih. Selepas kali ketiga , pemilik kereta itu membuka kapit itu sehingga tercabut dari tayar dan membuangnya di tengah jalan.
Pemilik kenderaan masuk ke kereta dan cuba melanggar pegawai penguatkuasa yang sedang menjalankan tugasnya.
“Inilah jenis pemandu yang berada di Kuala Lumpur. Sudahlah merosakkan harta Datuk Bandar,malah cuba mencederakan anggota penguatkuasa dengan melanggar anggota penguatkuasa berkenaan.”
Laporan Polis akan disertakan untuk kes ini. Netizen mengutuk tindakan pemandu tersebut apabila video pemandu tersebut cuba melanggar pegawai yang terlibat tersebar di media sosial.
Reply