Pada waktu ini semakin ramai orang yang meminati sukan permotoran di seluruh dunia . Ini adalah kerana sukan tersebut seringkali dikaitkan dengan pelbagai promosi dan cerita seperti Initial D yang amat popular di jepun berikutan dengan karekter dan kereta yang dipaparkan yang agak menarik selain plot dan jalan cerita yang menakjubkan dan sempurna.
Kini , Hampir kesemua orang yang meminati sukan permotoran mengenali filem animasi jepun Initial D akibat dari popularnya sukan permotoran dan filem tersebut . Ini menyebabkan sebuah video terus menjadi viral apabila ianya diedit oleh seseorang yang melihat pergerakan sebuah trak untuk mengelak dari kemalangan dengan cekap seolah olah sama dengan scene Initial D yang popular dan menggabungkan kedua dua scene sehingga ianya menjadi viral.
Sebuah trak kelihatan didalam video membrek dari kenderaan hadapan yang brek mengejut yang hampir membawa kemalangan namun trak tersebut dengan cekap berjaya mengelak dengan sempurna . seorang netizen menggabungkan video tersebut dengan beberapa scene initial D yang kebetulan seolah olah sama situasinya sehingga ianya mencuit hati netizen.
Video tersebut kini telah mendapat jutaan tontonan di media sosial kerana ianya berjaya mencuit hati netizen selain ianya diedit dengan sempurnya. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Malaysian mengikut nombor pendaftaran dan papan tanda dalam video tersebut yang berbahasa Malaysia.
Reply