Pemandu teksi sedih ‘ditipu’ Pakatan Harapan.

Sebelum PRU 14. Pakatan Harapan telah mengeluarkan pelbagai janji untuk meraih undi dalam PRU14 ini menyebabkan Pakatan Harapan mula mendapat sokongan dari orang awam sehingga mereka memenangi PRU14 . Pakatan Harapan turut menaburkan janji kepada pemandu pemandu teksi yang sering berselisihan paham dengan Pemandu UBER atau GRAB yang menjadi pilihan kepada orang ramai pada waktu ini dari teksi.



Ini menyebabkan pemandu teksi mula melakukan pelbagai cara untuk menghalang pemandu GRAB dari beroperasi di Malaysia . orang awam turut lebih memilih GRAB kerana ianya adalah lebih murah dan mudah daripada sistem teksi yang agak mahal dan lebih menyusahkan berbanding GRAB. Pemandu teksi telah melakukan pelbagai alternatif untuk menghalang GRAB dari memanipulasi industri tersebut namun usaha mereka adalah sia sia dan gagal.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengggunakan Pakatan Harapan untuk merealisasikan impian mereka untuk menghapuskan GRAB di Malaysia namun mereka terbukti sekali lagi gagal apabila Setelah mengkaji semula , Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk tidak membatalkan GRAB di Malaysia dan sebaliknya sistem GRAB diperketatkan dan dibaik puilh semula supaya ianya adil bagi pihak pemandu teksi juga.



Berikutan dari pembatalan GRAB yang tidak kesampaian oleh pemandu teksi , Mereka meluahkan rasa kesal mengundi Pakatan Harapan kerana mereka benar benar mengharapkan pembatalan GRAB . Akan tetapi Kerajaan Pakatan Harapan hanya mengubah sedikit struktur dan ianya sememangnya tidak menghapuskan GRAB secara keseluruhan seperti yang diharapkan oleh pemandu teksi.

Netizen berpendapat bahawa punca pemandu teksi tidak dipilih berbanding GRAB adalah sikap pamandu teksi sendiri yang sombong dan sekian lama memanipulasi industri tersebut menyebabkan mereka mulai dibenci dan orang ramai lebih memilih GRAB kerana ianya adalah lebih mudah dan mesra pelanggan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!