Pemandu trailer ugut k*ngkek lepas langgar wanita ditahan.

Pemandu lori dan jentera berat sering melakukan perkara yang agak mencetuskan api viral di media sosial. Ini adalah kerana kebanyakan daripada mereka seringkali melanggar undang undang dan selain itu mereka juga turut agak kasar dan tidak bertimbangrasa sehinggakan pelbagai kejadian yang buruk berlaku diatas jalanraya yang terang terang adalah kesalahan pemandu jentera berat tersebut.



Beberapa hari lepas viral di laman sosial pemandu lori yang mengantuk merempuh sebuah kereta hingga hancur dan terus melarikan diri . Namun atas dasar tanggungjawab, geng geng pemandu lori berjaya menangkap suspek pemandu lori yang memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menghancurkan sebuah Perodua Axia dan pemilik dan keluarga yang bernasib baik kemalangan tersebut tidak mendatangkan apa apa kecederaan kepada penumpang selain hanya kereta yang hancur.

Viral pula kes pemandu trailer yang telah melanggar seorang wanita dari belakang namun apabila perkara tersebut ingin diselesaikan, pemandu trailer tersebut bertindak agresif dan mengeluarkan kata kata kesat kepada pemandu wanita dan mengugut wanita tersebut apabila hal tersebut ingin diselesaikan . Pemandu tersebut telahpun ditahan oleh pihak berkuasa dalam keadaan mabuk dan jelas melakukan kesalahan yang besar.



Wanita tersebut yang berang dengan tindakan pemandu lori tersebut mengikuti sambil merakamkan pemandu lori tersebut ditangkap oleh pihak berkuasa. Seorang Netizen memberitahu bahawa pemandu lori tersebut pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang wanita sebelum ini yang juga pernah viral di laman sosial .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!