Kita boleh lihat pelbagai artis terkenal memiliki peminat fanatik yang obses di merata rata di media sosial. Namun kebiasaannya artis ini adalah dari negara luar seperti Black eyed peas, kumpulan kumpulan KPOP, dan banyak lagi artis luar yang mempunyai peminat yang obses sehingga mengganggu persembahan artis tersebut dan menyebabkan kekecohan berlaku.
Kali ini lain pula jadiya apabila artis Malaysia sendiri ternyata tampil dan terbukti memiliki peminat yang obses dengan mereka . Artis tersebut lebih dikenali dengan Nabila Razali yang sebelumnya popular dengan lagunya pematah hati dan selain itu beliau juga pupular kerana digosipkan dengan seorang lagi artis iaitu Aedy Asyraff yang tular di media sosial.
Didalam video dilihat Nabila Razali menyanyi di sebuah tempat pusat pengajian Rembau Negeri Sembilan. Kelihatan Sewaktu menyanyikan lagu Pematah Hati ciptaannya didepan orang ramai, salah seorang daripada lelaki peminat Nabila Razali kelihatan obses dengan artis wanita tersebut dengan lagunya sehingga beliau seolah olah sawan dan menggelupur didepan artis tersebut.
Video lelaki tersebut menjadi viral di media sosial yang menganggap ianya satu video yang lucu dan menjadi gelak tawa netizen yang terhibur dengan reaksi lelaki tersebut apabila Nabila Razali menyanyi didepan mukanya sehingga dia seolah olah menjadi sawan kerana Nabila Razali Berbuat demikian. Ada ke orang lain yang obses dengan Nabila Razali sampai macam ni yer? – Alert TV
Reply