Penarik kereta mengasari tuan rumah , enggan untuk tarik kereta bersama polis.

Kini semakin ramai orang yang mempunyai masalah untuk membayar kenderaan mereka sehinggakan ianya terpaksa disita oleh pihak bank . Ini menjadi peluang untuk anggota “repo” atau penarik kereta untuk menarik balik kereta yang gagal untuk dibayar dan diberikan semula kereta tersebut kepada pihak bank untuk dilelongkan .



Malang sekali , pada dahulunya anggota repo ini seringkali melakukan kekasaran tanpa belas kasihan untuk pemilik kereta yang hendak ditarik namun kini keadaan telah berubah apabila anggota repo kini dikekang oleh undang undang apabila menarik kenderaaan yang tidak dibayar. Ianya adalah seperti anggota repo tidak boleh menceroboh kenderaan yang berada dalam kawasan rumah pemilik tanpa anggota polis.

Namun begitu viral di laman sosial apabila seorang aggota repo yang berbangsa india cuba mengasari tuan kepada kenderaan yang tidak dibayar apabila enggan untuk menyerahkan kereta beliau kepada anggota repo tersebut . Jika dilihat didalam video , pemilik kenderaan tersebut telah memberitahu anggota repo tersebut untuk memanggil polis terlebih dahulu namun beliau enggan melakukan demikian .



Setelah melihat dirinya sedang dirakam , anggota repo tersebut mula mengasari lelaki tersebut namun beredar selepas beberapa ketika . Netizen mempunyai pelbagai pandangan terhadap kes tersebut. Ada yang mengatakan anggota repo kadang kadang agak biadap dan ada juga mengatakan bahawa mungkin lelaki pemilik kenderaaan tersebut melakukan provokasi terlebih dahulu sebelum merakamkan video tersebut . siapa tahu kan?




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!