Pengetua Gila buat hal lagi , Pelajar histeria, kakitangan guru tertekan dengan pengetua.

Tiada siapa yang tahu mengenai histeria dan asal usulnya , Jika dilihat dari segi sains histeria merupakan kesan daripada stress dari segi mental . Namun jika dilihat dari segi tradisional pula histeria adalah berpunca daripada makhluk halus dan sebagainya. Ianya dianggap sebagai sesuatu paranormal bagi bomoh dan kepercayaan orang lama.



Namun apa yang terjadi di sebuah sekolah semalam mengejutkan apabil ramai pelajar yang tiba tiba diserang histeria yang menyebabkan sekolah tersebut terpaksa ditutup dengan lebih awal . Wartawan yang berkunjung ke sekolah tersebut untuk mengambil gambar dan keterangan dan situasi tersebut namun telah mendapat berita yang lain pula yang kebetulan dengan keadaan tersebut.

Setelah berjaya mengawal pelajar pelajar yang terkena histeria , guru guru di sekolah SMK Ketereh telah mengeluarkan spanduk dan demonstrasi di sekolah tersebut menggesa JPN untuk menukarkan pengetua sekolah tersebut kerana stress dan tekanan yang dialami mereka apabila bekerja dengan pengetua tersebut yang dituduh gila kuasa .



Pengetua Sekolah tersebut sebelumnya telah melakukan kejadian yang sama di sebuah sekolah di pasir mas yang turut mengeluarkan spanduk dan tanda protes kepada JPN dan menyifatkan pengetua tersebut sebagai pengetua gila yang memberikan tekanan kepada guru dan pelajar di pasir mas.

Menurut info juga , sebuah jamuan kesyukuran diadakan di sebuah sekolah sebelum itu kerana pengetua tersebut yang sebelum ini berjawatan PKHEM berpindah sekolah kerana menyandang jawatan pengetua di Pasir Mas. Dikatakan juga guru dan kakitangan di sekolah tersebut telah menbuat jamuan kesyukuran kerana pengetua wanita tersebut yang masih belum menyandang jawatan pengetua
dipindahkan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!