Pada awal tahun 2005 Yamaha mula menguluarkan model Liquid Cooling radiator bagi motosikal kapchainya iaitu 135lc . Motosikal ini mendapat sambutan baik di serata negara model ini dilancarkan . Keselesaan dan bentuk menjadi aspek utama motosikal ini dipilih di serata negara.
Beberapa tahun selepas pengeluaran 135lc, Yamaha telah memperkenalkan model terbarunya iaitu Yamaha Y15ZR di Malaysia. Model ini sekali lagi menjadi model yang amat hangat dipasaran di Malaysia sehingga jualan motosikal tersebut amat tinggi. Pada waktu yang sama beberapa pesaing lain bagi model supercub ini cuba untuk menandingi Y15ZR . Pengeluar jentera supercub seperti Honda dan Benelli cuba untuk memasuki market Malaysia namun masih tidak dapat menandingi jualan Y15ZR.
Spesifikasi Y15ZR yang masih munggunakan teknologi SOHC mungkin agak kurang memuaskan berbanding Honda RS150R yang menggunakan sistem DOHC. Namun RS150R masih lagi tidak dapat melintas jualan Y15ZR. Kelebihan utama Y15ZR sehingga jentera tersebut memegang rekod jualan lebih dari pencabarnya adalah kerana bentuknya yang seperti tipikal Yamaha yang lain iaitu rekabentuk yang lebih moden dan amat cantik dan menjadi pilihan rakyat Malaysia berbanding rekabentuk lawannya.
ENJIN Y15ZR
Selain itu walaupun Y15ZR dilengkapi dengan sistem SOHC, Namun kelebihan sistem ini adalah ianya lebih ringan dari pencabarnya yang lain . Kedudukan seat Yamaha Y15ZR juga lebih rendah dari pencabarnya untuk memastikan keselesaan yang maximum. Selain itu spare Y15ZR juga amat mudah untuk didapati berbanding pencabarnya yang mungkin mengalami masalah sparepart pada awal dilancarkan.
Dari segi faktor harga , Y15ZR adalah lebih murah berbanding dengan RS150R kerana sistem RS150R yang agak kompleks yang menyebabkan kos pengeluarannya semakin tinggi. Benelli berjaya mengeluarkan model yang jauh lebih murah dari Honda dan Yamaha namun gagal untuk menyaingi lawannya kerana atas faktor sparespart yang susah untuk didapati dan faktor ketahanan yang dikatakan kurang berbanding Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.
Ketiga tiga motosikal ini merupakan motosikal yang berteknologi tinggi. Namun setakat ini jualan Yamaha adalah yang tertiggi berbanding dengan 2 pencabarnya yang lain . Ada ura ura megatakan bahawa Modenas juga bakal melancarkan model 150 dan 175cc bagi mencabar model model terlaris ini. Walaupun sudah dilihat prototype model tersebut namun masih tiada apa apa update dari Modenas sendiri.
Reply