Kini supercub telah menjadi fenomena di media sosial yang menyebabkan ramai mula menggunakan supercub dan membeli supercub kerana viral di laman sosial. Keadaan ini menjadi peluang untuk pembuat alat ganti motosikal untuk menjual pelbagai produk supercub yang agak menarik bagi menjana keuntungan dengan menjual aftermarket part supercub seperti Y15ZR Honda RS150, Benelli RFS150i, SYM VF3i.
Pengeluar pengeluar seperti UMA , Racing Boy , Kozi, Rapido dan sebagainya berlumba lumba untuk mencipta pelbagai aksesori baru untuk jentera supercub yang diminati ramai . Namun keadaan bukanlah seindah yang disangka apabila beberapa produk yang dijual ini mempunyai ketahanan yang agak buruk dan mungkin membahayakan pengguna dan pembeli aftermarket part itu sendiri.
Jika beberapa bulan lepas boleh dilihat viral di media sosial swing arm Alloy patah dan tidak tahan , kini viral pula beberapa keping gambar jentera supercub yang patah di bahagian suspensi hadapan atau fork di media sosial, kelihatan beberapa jenis supercub yang berlainan jenis menghadapi masalah yang sama apabila mereka menggunakan aftermarket usd fork yang mungkin kurang ketahanannya .
DIlihat semua gambar tersebut yang patah fork menggunakan fork terbalik yang kami pasti pemilik dan peminat jentera supercub dapat mengenalpasti jenama fork terbalik atau USD fork tersebut. Beberapa kejadian ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa USD fork berjenama seperti didalam gambar tersebut mempunya masalah ketahanan yang agak teruk dan membahayakan pengguna selain merugikan pengguna kerana difahamkan bahawa USD fork berkenaan agak mahal.
Reply