“Pengotornya kau ni Aedy Asyraff” Nelydia Senrose bengang terkena air Aedy.

Mungkin agak memalukan apabila anda dikutuk sebagai pengotor di hadapan orang ramai. Akan tetapi ianya terjadi kepada artis tempatan negara kita yang agak popular pada waktu ini. Artis tersebut adalah Aedy Asyraff dan Nelydia Senrose. Video berkenaan mereka telah menjadi viral di laman sosial bahawa Nelydia kelihatan bengang dengan Aedy Asyraff yang menumpahkan air liurnya keatas Nelydia Senrose.



Pada awal video kelihatan Aedy Asyraff bersama Nelydia Senrose dan seorang lagi rakan artis telah berada didepan kamera untuk selfie atau mengambil video . Setelah ketiga tiga mereka senyum untuk video tersebut , Nelydia perasan bahawa beliau terkena air liur yang jatuh diatas kepalanya dan bertanya siapakah pemilik air liur tersebut. Setelah mendongak keatas ianya jelas adalah air liur Aedy Asyraff yang berdiri di belakang Nelydia Senrose.

Nelydia Senrose terus bangun dan berkata “eii pengotornya kau ni Aedy” dalam keadaan bengang kerana terkena air liur tersebut. Aedy Asyraff terpinga pinga sambil mengelap mulutnya yang membuktikan bahawa air liur tersebut adalah air liurnya dan nampak malu dengan kejadian tersebut.



Telatah mereka menarik perhatian ramai dan menjadi viral di laman sosial kerana perkara tersebut kerana Aedy Asyraff dimalukan di khalayak ramai oleh Nelydia Senrose didalam video tersebut yang kini tersebat di media sosial sehingga mendapat ribuan share dan retweet.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!