Mungkin ramai yang sudah dengan mengenai penipuan dalam talian yang membabitkan puluhan ribu ringgit sehingga ratusan ribu ringgit telah menjadi viral di media sosial. Modus operandi penipuan tersebut adalah dengan menggunakan talian telefon dan penyamaran dilakukan oleh individu tertentu dengan menghubungi orang orang ramai untuk melakukan penipuan untuk membolehkan mangsa memasukkan sejumlah wang kedalam akaun penipu tersebut.
Penipu tersebut kebiasaannya memperolehi maklumat peribadi mangsa dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut mangsa dengan pelbagai cara termasuklah menyamar sebagai pihak berkuasa dan mengugut mangsa bahawa nama mereka akan disenarai hitam dan waran tangkap bakal dikenakan kepada mangsa sekiranya gagal mematuhi arahan yang diberikan oleh mereka supaya memasukkan sejumlah wang kedalam akaun scammer tersebut.
Kaedah ini menyebabkan ramai mangsa yang terpedaya terutamanya golongan tua yang mudah panik dengan ugutan ugutan yang diberikan kepada mereka. Seorang lelaki telah berjaya merakamkan perbualan dan modus operandi penipuan tersebut dan memuatnaik di media sosial. Video rakaman tersebut menjadi viral dilaman sosial apabila penjenayah tersebut telah tersalah nombor kad pengenalan lelaki tersebut.
Penipu yang licik tersebut jelas bukan seorang dan mempunyai pasukan khas untuk menjalankan penipuan tersebut apabila mereka dilihat menyambungkan panggilan kepada orang yang berbeza. Netizen dinasihati supaya lebih berhati hati dan jangan mendedahkan apa apa maklumat mereka sekiranya mendapat panggilan seperti yang diviralkan didalam video tersebut.
Reply