Kini sesebuah sneaker dijual dengan harga yang tidak masuk akal mengikut jenama masing masing . Akan tetapi menurut peminat dan pengumpul sneaker , harga tersebut sememangnya berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan oleh jenama pembuat sneaker yang digemari orang ramai seperti adidas, Nike , Reebok , Fila dan sebagainya. Jika dilihat harganya ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit.
Ianya adalah kerana mungkin produk keluaran jenama jenama tersebut adalah limited edition dan dikeluarkan dalam keluaran yang terhad. Namun kini kebanyakan sneaker ini dijual online sahaja. Ianya menyebabkan ramai peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk menipu pelanggan dengan menjual barangan atau kasut tiruan dengan harga original atau tulen.
Viral seorang lelaki meluahkan perasaannya apabila dihina oleh kedai online apabila lelaki netizen tersebut hanya mahu membeli barang tiruan namun lelaki tersebut dihina oleh penjual sneaker original tersebut. Lelaki tersebut mula memuatnaik rasa kecewa beliau beserta beberapa keping gambar perbualan antara beliau dengan penjual sneaker terkenal di laman facebook iaitu yang dikenali sebagai Japan Sneaker Store.
Namun lain pula jadinya apabila ramai pelanggan kedai online tersebut masing masing meluahkan rasa tidak puas hati mereka di ruangan komen dan mengatakan bahawa kedai online tersebut sememangnya menipu dan menjual barangan yang tidak tulen atau original . Terdapat beberapa rintihan dari pengguna namun menurut mereka , sebaik sahaja mereka melemparkan komen buruk terhadap kedai tersebut ianya dipadamkan oleh admin kedai online tersebut.
Reply