Penunggang RXZ kemalangan ditipu di Thailand rugi lebih RM20000.

Beberapa hari lepas viral di laman sosial dan whatsapp group apabila seorang lelaki dari Malaysia yang menunggang Yamaha RX-Z terlibat dalam satu kemalangan di Thailand. Meskipun beliau tidak bersalah dalam kemalangan tersebut dan melanggar sebuah kereta Thailand, Namun beliau telah ‘dikapak’ duit dengan teruk oleh warga Thailand kerana tidak mempunyai insurans.



Beberapa orang yang turut bersama konvoi tersebut terpaksa meminta bantuan dari Malaysia kerana tidak cukup wang untuk membayar kos kos dan cas yang dikenakan oleh warga Thailand terhadap mereka.

Kos yang melibihi RM20000 terpaksa ditanggung oleh pemilik RXZ tersebut.

Akibat dari kejadian tersebut seorang yang berpengalaman telah menulis beberapa nasihat berkenaan dengan hala tersebut dan menjadi viral di media sosial

Penulisan tersebut :

Pada geng2 motor kapcai..Y15,125Z,LC135,RXZ @Mat2 MOTOR yg baru berjinak2 masok ke bumi Thailand…nak cakap sikit lah…bila ampa masok rumah org secara ramai2..hormat lah sikit..jgn buat cempera,mcm kambing keluar kandang@org kedah kata mcm BEROK MAKYE@BEROK DAPAT BUNGA..spt mana sesetengah geng2 ampa pi PBW2018 yg dok buat kelaku tak ketahuan punca mcm ni.



1.Bila satu2 tempat hampa henti@patrol pump,hampa rem rem ikut suka dgn bising paip exzos ampa dan berasap penuh kawasan tu…org sana naik meluat tgok gelagat mcm tu

2.Bila berhenti kat trfik light jgn buat mcm pintu rumah hampa..semua lorong hampa kerumun sambil dok rem

3.Jgn dok buat mcm jalan kat malaysia dok fly2 ikut otak hampa..mcm hampa dok pi join progrem2 kapcai
dimalaysia(contoh..santai utara)kot nnti bersepai atas jalan.

4.Bila nk bergerak bergroup jgn ikut kepala hampa suka potong kiri kanan(Zix zax)dan beriringan diatas jalan..takut yg memotong tu tak boleh dan dgn hati dah panas..tak di tenyeh hampa dgn kereta dia..kot PISTOL keluar kot tingkap(tpi tak kesemua org sana yg berangin sedemikian,tpi sampai ketika akan ada)

5.Lampu isyarat ikut lah..jgn dok LANGGAR habis lampu isyarat(depan aku geng ampa potong dan langgar,gambar pon ada..bukan sekali..tpi berkali2)



6.Bila sampai kat hadapan pegawai emegresen di CIQ..hormat lah mereka,parking motor elok2,matikan engine yg dok pump pump tu dan buka helmet(walau pon helmet hampa semahai motor EX5).

7.Dan bila ramai2 gi sarapan@makan kat kedai2 muslim disana jgn buat mcm rumah sendiri..lpas makan dok bertengget berejam2..sebab org lain pon nk masok makan..bila semua buat mcm tu..tuan kedai naik meleluat dgn gelagat semua..Jagalah nama hampa dan nama malaysia.

8.Jgn bila dah jadi spt mana kes riders RXZ..menyesal dah tak guna..Dia pon tak minta terjadi sebegitu dan bukan kesalahan dia 100%..tetapi hakikatnya dah terjadi..serta jadi pegajaran utk semua yg ride KAPCAI & BIG BIKE jugak..dan utk meyelesaiakan kesnya..harus keluar lebih dari rm21k..perkara2 ini akn meyusahkan diri dan keluarga..perkara ini utk ingatan semua dan diri aku jgk.

Bila org lama tegoq(yg beratus kali ride keluar masok mcm masok pintu rumah) ambil faham utk dijadiakan PANDUAN & PEGAJARAN..jgn ingat hobi ampa yg dikatakan mahai tu semua org suka.

Kes penuh Phuket bike Week




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!