Penyamun hati kering, rembat moto dan kereta depan tuan rumah.

Kalau dulu , penyamun biasanya akan melakukan kegiatan mereka dikala tiada orang yang berada di tempat lokasi kegiatan mereka untuk mengelakkan diri dari ditangkap namun kini lain pula jadinya apabila viral sebuah keluarga yang melihat segala kenderaan di rumah mereka di samun didepan mata mereka sindiri tanpa mampu berbuat apa apa.



Viral video seorang lelaki berbangsa cina didatangi beberapa orang penyamun yang masing masing membawa senjata untuk mengelakkan daripada diserang tuan rumah . Mangsa, iaitu Jeffrey Tan memuatnaik video sewaktu kejadian itu berlaku yang sempat dirakamkan olehnya sewaktu beberapa orang penyamun tersebut menjalankan operasi mereka untuk memecahkan kunci kenderaan beliau.

Jeffrey dikatakan tidak mampu berbuat apa apa melainkan hanya melihat sahaja kejadian itu berlaku kerana 3 orang lalaki yang melakukan perkara tersebut semuanya bersenjata . Selain itu beliau tidak mampu berbuat apa apa kerana bimbang didalam rumahnya pada waktu itu didiami oleh ahli keluarganya dan bimbang dicederakan oleh beberapa lelaki tersebut.



Meskipun tiada apa apa kecederaan dilaporkan , walaubagaimanapun beberapa orang lelaki tersebut sempat melarikan sebuah motosikal dan tidak berjaya untuk melarikan sebuah lagi kereta yang cuba dipecahkan menurut video yang dirakamkan oleh Jeffrey Tan. Suspek walaubagaimanapun tidak berjaya dikenal pasti oleh mangsa dan mereka melakukan perkara tersebut dengan cepat dan teratur. Netizen berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes tersebut kerana ianya merupakan kes yang agak membahayakan .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!