Penyamun rembat barangan berharga tak kira tempat , Netizen dinasihati berhati hati.

Kini pelbagai cara dilakukan untuk menangkap penjenayah penjenayah seperti peragut, pencuri dan sebagainya namun ianya masih berlaku diluar kawalan pihak berkuasa dan mesyarakat umum . Ianya kini semakin berleluasa mungkin kerana penjenayah tersebut terlibat dengan pengaruh dadah dan sebagainya yang menyebabkan mereka menjadi begitu berani untuk melakukan jenayah tersebut tanpa memikirkan orang lain.



Kini meskipun anda telah menyimpan barangan berharga ditempat yang selamat , Namun adakan anda pasti bahawa tempat tersebut adalah tempat yang betul betul selamat? Seorang pemilik kereta dipercayai telah meletakkan barang yang berharga didalam kereta beliau yang telah dikunci rapat bagi mengelakkan kecurian barangan tersebut .

Namun ternyata ianya bukan menjadi halangan apabila barangan tersebut masih boleh dilihat oleh mata mata gelap seperti penyamun yang sanggup melakukan apa jua cara untuk mendapatkan barangan berharga tersebut. Pada awalnya penyamun tersebut dilihat datang menaiki sebuah motosikal berjenama Kawasaki RR . Salah seorang turun dari motosikal tersebut dan memecahkan kenderaan sebuah kereta kemudian mengambil barangan berharga dalam kereta tersebut.



Jiran jiran yang turut merakamkan kejadian tersebut mula berteriak namun penyamun tersebut sempat melarikan diri dan kejadian tersebut seolah olah berlaku sekelip mata sahaja. Boleh diambil pengajaran bahawa barangan berharga tidak sepatutnya diletakkan ditempat yang boleh nampak kerana penyamun akan menggunakan pelbagai cara untuk mencuri barangan berharga meskipun ianya dalam tempat berkunci.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!