Peragut dibaham lori . Orang ramai tak nak tolong.

Peragut sememangnya adalah manusia yang paling dibenci di Malaysia kerana mereka sering melakukan kekacauan dan tindakan mereka yang agak ganas dibenci oleh orang ramai . Oleh sebab yang demikian , mereka sering dipukul dengan teruk oleh orang ramai sekiranya tertangkap dalam kejadian meragut. Ini adalah kerana dalam sesetengah kes, peragut kadang kadang mencederakan mangsa hingga maut tanpa belas kasihan.



Beberapa hari lepas, video seorang peragut yang terlantar ditepi jalan dikatakan di abaikan oleh orang ramai . Manurut laporan kejadian tersebut , dikatakan bahawa lelaki peragut tersebut cuba untuk meragut beg seorang wanita bersama ibunya walaubagaimanapun mangsa dikatakan berjaya mengejar peragut tersebut dan nekad untuk melanggar peragut tersebut sehingga mereka masing masing jatuh dari motosikal masing masing.

Setelah masing masing jatuh dari motosikal, peragut tersebut cuba bangun untuk melarikan diri namun dia melanggar lori sewaktu cuba melarikan diri . suspek dikatakan retak di bahagian tempurung kepala , patah tangan dan retak pada rusuk kirinya. Orang ramai yang berada ditempat kejadian ada yang mencuba untuk memukul mangsa yang terlantar namun ditahan oleh orang yang lain .



Setelah itu beliau dibiarkan sahaja terlantar diatas jalan tanpa dialihkan kerana orang ramai yang berada di tempat kejadian dikatakan cukup benci dengan peragut dan enggan untuk mengalih peragut tersebut dari jalan.

Sehingga kini, suspek masih menerima rawatan Hospital Kuala Lumpur dan berdasarkan semakan mendapati dia mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!